BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Popular Posts

Tuesday, October 5, 2010

PERKAKASAN DAN PERISIAN KOMPUTER


PENGENALAN KOMPUTER


Peranti input dan output


-Nama komputer diambil dari perkataan 'compute' yang membawa makna melakukan pengiraan. Peralatan yang melakukan tiga perkara iaitu menerima arahan input, memproses maklumat (mengira) dan mengeluarkan data output akan dipanggil 'computer'.


-Peranti (device) input terdiri daripada papan kekunci dan tetikus di mana arahan dan maklumat dimasukkan. Pergerakan kursor (cursor) di skrin oleh tetikus dan menaip sesuatu di papan kekunci dianggap sebagai arahan pada komputer. Pengimbas dan cam video termasuk dalam gulungan peranti input. Unit Sistem paling asas terdiri dari prosesor, RAM, papan induk dan kad VGA akan memproses data dan menyimpan di piring storan serta keluar output di monitor. Apa-apa sahaja yang dipaparkan di skrin monitor walaupun cuma berbentuk prom C akan di sebut sebagai output. Sekiranya ingin salinan cetak, maklumat boleh pula dikeluarkan di mesin pencetak.




PERKAKASAN DAN PERISIAN KOMPUTER


-Bila bercakap mengenai komputer, topiknya tidak akan kunjung padam, ada saja yang boleh diperkatakan. Walau bagaimanapun ia terhad kepada dua kumpulan terbesar yang bersaing hebat sejak akhir-akhir ini. Dua kumpulan itu terdiri dari Komputer Peribadi (Personal Computer) dan Komputer Apple (Apple Computer). Kedua-dua jenis komputer ini menggunakan perkakasan dan perisian yang berbeza.



-Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware) dan perisian (Software). Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi dan sebagainya. Perisian pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan bagi melaksanakan berbagai­bagai tugas. Contoh perisian untuk komputer peribadi (PC) seperti program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Microsoft Office dan sebagainya. Salah satu program sistem operasi percuma yang mula diiktiraf ialah program Linux.



-Pemasangan program berkenaan memerlukan sedikit kemahiran dan driver menyokong perkakasan agak terhad. Namun peningkatan sokongan program tersebut dari segi perisian dan driver perkakasan bertambah dari hari ke hari. Contoh program Linux yang terkenal seperti dari syarikat Redhat, Mandrake dan banyak lagi.



-Pengguna rumah boleh memilih perisian yang sesuai mengikut citarasa dan kerja-kerja yang hendak dilakukan. Windows 95 atau singkatan Win95, Win98, WinMe dan WinXP lebih dititikberatkan kepada pengguna rumah mana kala WinNT dan Win2000 lebih sesuai untuk pejabat.




Komputer Berjenama dan klon


Apa itu klon?


-Kion (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa. Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

-Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi. Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia. Bagi komputer yang bedenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

-Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya. Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan. Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan. Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di ambil. Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.


-Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta lapuran terkini. Perkakasan klon juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat. Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.


-Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih. Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet. Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika. Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan dengan elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan. Tindakan-tindakan itu seperti berikut:


1.Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari kejutan elekrik.



2.Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah dipasang.



3.Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik (static electricity).

4.Peralatan Kerja (Tools)



5.Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena ujian sudah mencukupi. Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana dengan car-a itu setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya. Contoh peralatan tambahan seperti satu set komputer tool kit, multimeter (meter pelbagai guna), kanta pembesar, lampu suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dan sebagainya.



MEJA KERJA (WORK BENCH)


-Meja tempat membuat kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan harus mempunyai ciri-ciri keselesaan dan keselamatan. Ukuran meja selebar 3 meter persegi atau sebesar meja makan 6 bangku sudah memadai.

-Meja untuk pemasangan dan penyelenggaraan komputer se arusnya mempunyai sekurang-kurang empat soket bekalan elektrik dekat dengannya. Alas getah atau tikar getah dimestikan dan meliputi kawasan sebesar meia. Meja yang hendak digunakan biarlah lebarnya lebih kurang satu meter erse i untuk keselesaan semasa bertugas.



AMARAN!


-Komputer yang telah dibeli sebagai satu unit biasanya akan disealkan dengan kertas keselamatan tarikh dan logo kedai. Sekiranya seal dirosakkan, ia akan membatalkan perjanjian waranti. Dari itu elakkan dari membuka kotak komputer atau perkakasan yang telah di sealkan. Sekiranya ada masalah dalam tempuh waranti, hantar komputer ke pembekal untuk diperbaiki.

-Electrostatik


-Untuk menjaga kad-kad seperti papan induk atau kad video dari mengalami kerosakan, sentuh dengan jari di bahagian komputer yang tidak disaluti cat. Kabel bekalan kuasa yang telah disambungkan ke punca AC (bekalan elektrik) akan menyalurkan kesan statik ke bumi. Ini dilakukan sekali sahaja semasa hendak memulakan kerja pemasangan atau baik pulih.




PENGENALAN PERKAKASAN KOMPUTER


Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan.

* Komputer Sistem Asas

* Komputer Sistem Multimedia

* Komputer Internet Tersedia





A) Komputer Sistem Asas


Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunya perkakasan yang paling sedikit. Biasanya digunakan untuk menulis rencana atau kerja-kerja mudah. Sebagai panduan senarai perkakasan Sistem Asas seperti berikut:


1.Papan induk (Motherboard): Hampir kesemua perkakasan akan diletak di atasnya.

2.Prosesor (Microprocessor atau CPU): Memproses data untuk keseluruhan sistem.

3.Kotak komputer, bekalan kuasa dan kabel kuasa (Casing, power supply dan power cable): Bekalan kuasa untuk sistem boleh berfungsi.

4.Ingatan capaian rawak (RAM): Memori sementara yang penting.

5.Cakera keras serta kabel reben 40 pin (HDD): Storan untuk sistem operasi dan aplikasi.

6.Pemacu cakera liut atau pemacu layut serta kabel reben 34 pin (FDD): Membaca dan menulis data ke disket 1.4MB.

7.Kad Video (Video card): Untuk memproses dan menghantar data video ke skrin.

8.Monitor: Paparan untuk dilihat aktiviti komputer.

9.Papan kekunci (Keyboard): Peranti input yang penting.

10.Tetikus (Mouse): Peranti input kedua yang penting.

NOTA:

*CPU - Central Processing Unit

*HDD - Harddisk drive

*FDD - Floppy Disk drive

*RAM - Random Access Memory




B) Komputer Sistem Multimedia


Komputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan boleh memainkan video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke. Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan dengan perkakasan sistem asas seperti di bawah.


1.Kad bunyi (Sound card) : Menghantar data audio ke pembesar suara.

2.Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) : Membaca data dari CD, VCD dan CD­ROM.

3.Mikrofon (Microphone) : Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang dalam talian.

4.Pembesar suara (Speaker) : Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad audio.




C) Komputer Internet Tersedia


Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet. Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas seperti di bawah.


* Modem luar atau dalam:Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari Internet.

* Akaun Tmnet atau laring: Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet.

* Satu talian telefon untuk sambungan: Satu media yang membantu menyambungkan komputer dengan ISP.



Papan Induk (Mother Board)



-Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer. Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade. Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya. Ini bererti, semasa membeli papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk. Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan.


-Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX. Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian lama. Papan induk ATX memasukkan komponen seperti Port COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan induk AT. Dengan sendirinya, papan induk ATX memeriukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan kuasa jenis ATX juga.



*Komponen-komponen papan induk


1.BIOS akronim bagi sistem input-output asas (basic input-output system), akan beroperasi dengan sistem mengenai maklumat perkakasan komputer semasa startup. la menyokong pemindahan data antara peranti-peranti perkakasan. Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus pepijat Y2K yang menjadi masalah besar semasa menjelang tahun 2000 dahulu. Apa yang sebenarnya berlaku, pada masa mula-mula komputer dibina, storan terlalu kecil dan penjimatan ruangan menjadi kritikal. Untuk menyelamatkan keadaan, tahun diberi dua angka sahaja dan apabila tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun berbalik kepada 1900. Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K dan dibetulkan dengan menukar perisian atau perkakasan Y2K serasi.



2.Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya sejenis RAM statik (static) bagi tujuan mempercepatkan operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau lebih.



3.Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa tugasan biasa. Dalam papan induk, tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM atau memori yang boleh digunakan, jenis CPU dan lain­lain lagi. Satu papan induk dengan yang lain amat berbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu. Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang sama sudah boleh melakukan perkara-perkara yang lebih baik dari sebelumnya.



4.Jenis jumper perlu juga diambil perhatian. Ada papan induk menggunakan jumper fizikal dan sesetengahnya jenis suis. Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS setup untuk setkan jumper secara perisian. Kebanyakan papan induk kini juga ada kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis.



5.Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan. Slot SIMM mempunyai 72 pin dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini kebanyakannya jenis DIMM. Pemilihan RAM harus sesuai dengan papan induk agar kedua-duanya beroperasi dengan baik.



6.Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian, terutama slot PCI yang kini banyak perkakasan jenis slot tersebut. Slot tambahan AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi dan resolusi.



7.Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras. Satu slot FDD boleh menampung dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan cakera keras untuk IDE0 dan IDE1. Ada kalanya sesetengah pengeluar IDE1 dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan.



8.Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu papan induk, biasanya terdapat pada papan induk jenis lama. Kebanyakan papan induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX saja memandangkan keperluan voltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan.



9.Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana perkakasan jenis USB kini kian banyak. USB 1.1 memindahkan data antara perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12 megabit sesaat. Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh menghantar data sepantas 480 mbps.



10.Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci bersiri digunakan untuk disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan kekunci bersiri mengikut susuran. Port LPT1 (Line printer terminal) pula untuk perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya.



11.PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputer berjenama. Perkakasan seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan kemudahan ini.



12.CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpan maklumat perkakasan seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh. Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer sedang dimulakan.


Bateri Komputer



Tugas bateri CMOS untuk memberi kuasa kepada cip CMOS menyimpan maklumat perkakasan semasa komputer tidak beroperasi. Ada 3 jenis bateri yang biasanya terdapat di atas papan induk seperti berikut:


1.Bateri Lithium Ion kelihatan seperti sekeping wang siling 10 sen, paling banyak sekali di papan induk kini. Untuk menukarkannya amat mudah sekali.


2.NVRAM (cip kombinasi bateri) berukuran panjang 2cm, lebar 1.5cm dan tinggi 0.5cm, dipateri ke papan induk dan sesetengahnya bersoket. Yang bersoket, cip bateri boleh dicungkil keluar dan diganti. Jarang sekali dilihat bateri jenis ini sekarang, mungkin sudah pupus.


3.Bateri Ni-Cad sangat popular satu ketika dulu. la dilekatkan pada papan induk 286, 386 atau 486 dan sudah tidak dikeluarkan lagi. Bateri jenis ini juga dipateri dan sangat sukar untuk dikeluarkan. Setelah semua perkakasan dibuka termasuk papan induk dari kotak komputer, baru bateri dapat dikeluarkan dengan bantuan peralatan pateri,


4.Bateri yang terdapat di atas papan induk kini dari jenis LITHIUM 3V, menyerupai siling 20 sen seperti dalam rajah sebelah. Tujuan bateri tersebut untuk memberi kuasa kepada cip CMOS bagi menyimpan maklumat komputer semasa tidak beroperasi. Jangka hayat bateri dari tiga hingga lima tahun dan sekiranya rosak atau lemah, komputer akan memberi isyarat semasa setiap kali komputer hendak dihidupkan.


PERISIAN KOMPUTER

-Pengenalan kepada jenis perisian
-Penggunaan pelbagai pakej perisian komputer peribadi


1.Pengenalan

a.Dalam era teknologi maklumat, komputer banyak digunakan dalam pelbagai urusan harian kita. Antara contohnya:

i.Urusan Perbankan (ATM: Auto Teller Machine)
ii.Urusan Cukai
iii.Urusan Pejabat


b.Walaupun secara luarannya kita melihat bahawa komputer banyak membantu kita, namun sebenarnya kemampuan komputer adalah terhad.

c.Cara komputer melaksanakan sesebuah tugas tertentu bergantung kepada perisian (ditulis oleh manusia) yang menyimpan set-set arahan dan panduan yang akan digunakan oleh komputer itu.

d.Secara definisi, PERISIAN ditakrifkan sebagai:

Sekumpulan arahan (program komputer) yang dibentuk untuk melaksanakan tugas atau fungsi tertentu.


2.Jenis-jenis Aplikasi Perisian:

Antara jenis-jenis perisian yang biasanya diprogramkan dan digunakan adalah:-

a.Perisian Sistem

i.Sekumpulan perisian yang ditulis untuk memberi khidmat kepada perisian lain.
ii.Perisian jenis ini biasanya bekerja dibelakang tabir dan dikumpulkan sebagai perisian kecil yang membantu tugas Sistem Pengoperasian.
iii.Antara Tugas atau fungsi yang biasa dilaksanakan olehnya adalah:

1.Berhubung dengan perkakasan
2.Menguruskan sumber masa CPU
3.Menguruskan proses



b.Perisian Masa Nyata

i.keadaan pada masa ia berlaku di dunia sebenar.

ii.Elemen yang terdapat dalam perisian ini ialah:

1.Pengumpulan maklumat
a.Maklumat cuaca
b.Maklumat barangan
c.Maklumat perubahan arah angin

2.Penganalisa maklumat
a.Mantafsirkan keadaan dari maklumat yang dikumpul.

3.Pengawal komponen
a.Menentukan bagaimana untuk bertindak dalam keadaan tertentu dari tafsiran tadi.

4.Komponen pemantau
a.Mengawal agar komponen lain (1-3) memberikan tindakbalas dalam masa yang sepatutnya (tepat)

c.Perisian Perniagaan

i.Perisian yang membantu proses yang berkaitan dengan maklumat kewangan.
ii.Contoh:

1.Akaun diterima dan dibayar
3.Inventori

iii.Perisian di bawah kategori ini mengolah maklumat yang dapat membantu:

1.operasi perniagaan (hutang, bayar, simpan, inventori)
2.keputusan pengurusan. (jual , beli)

d.Perisian Saintifik dan Kejuruteraan
i.Perisian yang digunakan untuk membantu kerja-kerja pengiraan dan melibatkan data-data kompleks (rumit)
ii.Biasanya data-data ini memerlukan ketepatan yang jitu. Contohnya:
1.Pengiraan bilakah gunung berapi akan meletup
2.Bilangan berat yang dapat ditanggung oleh sebuiah jambatan atau bangunan.
3.Bagaimana tarikan graviti bulan akan mempengaruhi penerbangan angkasawan.

e.Perisian Bina dalam (embedded)
i.Perisian yang digunakan dalam kebanyakan peralatan di rumah.
ii.Contoh aplikasi:

1.Oven Gelombang Mikro
2.Mesin Basuh

f.Perisian Komputer Peribadi
i.Perisian yang banyak digunakan oleh pengguna yang mempunyai komputer peribadi di rumah.
ii.Perisian selalunya terdiri dari perkara berikut:-
1.Pemprosesan perkataan
2.Grafik komputer
3.Hiburan
4.Permainan
5.Pangkalan Data

g.Perisian Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
i.Perisian yang diperbuat agar dapat meniru cara manusia berfikir dan mengenal objek dan situasi.
ii.Contoh aplikasi di bawah perisian ini:
1.Pengenalan corak (mengenal corak cap jari, corak muka manusia)
2.Pembuktian teori
a.komputer diberikan maklumat keadaan dan fomula
b.komputer melaksanakan pembuktian berdasarkan keadaan yang diberikan.

3.Pakej Perisian Komputer Peribadi.
Kita akan memberi sedikit tumpuan kepada kategori perisian ini kerana ia lebih banyak digunakan oleh pengguna biasa seperti kita.

Tidak kira sama ada kita berada di rumah ataupun di tempat kerja, pakej perisian komputer peribadi banyak boleh digunakan oleh kita.

Contoh antara penggunaan perisian-perisian ini adalah:
-Menaip surat
-Membuat laporan
-Bermain permainan komputer
-Mendengar muzik
-Menonton tayangan VCD

Kita sebagai pengguna perisian ini dinamakan sebagai End User (Pengguna Akhir).
Takrifan ini diberikan kerana kita sebagai pengguna akhir tidak membangunkan perisian tersebut tetapi kita hanya menggunakannya sahaja.

Pakej-pakej perisian ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antara kategori-kategori tersebut:-

a.Pakej kegunaan kerja pejabat
i.Paling banyak digunakan oleh pengguna komputer yang terlibat dalam kerja penghasilan kertas kerja, surat rasmi, nota, seminar dan yang seumpamanya
ii.Contoh aplikasi perisian yang terdapat di dalam perisian ini adalah
1.Pemprosesan Perkataan (Lotus Word Pro, Microsoft Word)
2.Hamparan Kerja atau spread sheet (Lotus 1-2-3, Microsoft Excel)
3.Persembahan (Lotus Approach, Microsoft Powerpoint)
4.Pangkalan Data (Microsoft Access)
iii.Antara pakej perisian yang menawarkan pakej ini adalah:
1.Microsoft Ofice
2.Lotus Smartsuite

b.Pakej pembinaan grafik dan multimedia

i.Banyak digunakan oleh individu yang terlibat dalam menghasilkan bahan-bahan multimedia yang melibatkan elemen-elemen berikut:
1.Audio (bunyi)
2.Video (tayangan gambar)
3.Animasi (gambar lukisan yang bergerak)
4.Teks (tulisan)
5.Interaktiviti (tindakbalas pengguna)

ii.Antara contoh-contoh pakej perisian yang menyediakan kemudahan ini adalah:-

1.Adobe
2.Macromedia

iii.Pakej ini biasanya boleh dibeli satu persatu ataupun dibeli sekaligus semua pakej yang melibatkan semua elemen.
iv.Ini adalah kerana kos untuk perisian bagi satu elemen adalah mahal. (puluhan ribu satu perisian)

c.Pakej hiburan audio visual

i.Digunakan oleh individu yang mendapatkan sumber hiburan dari komputer.
ii.Contoh sumber hiburan adalah mendengar muzik dan menonton VCD.
iii.Kebanyakan perisian di bawah kategori ini didatangkan secara percuma ataupun tersedia ada di dalam sistem pengoperasian pengguna tersebut.
iv.Contoh perisian:

1.Windows Media Player
2.Real player



D.Pakej permainan komputer


i.Digunakan oleh individu yang meminati permainan komputer (biasanya remaja dan kanak-kanak)

ii.Pakej permainan komputer boleh dibahagikan kepada kategori berikut:-

1.Permainan pendidikan (permainan matematik, bahasa, buku bergambar)
2.Permainan Permainan Peranan (Role Playing)
a.Pemain mengambil peranan sebagai watak utama permainan.
3.Permainan Menguji Minda
a.Menyusun kotak, kiub
b.Soalan I.Q
c.Catur.


www.fsktm.upm.edu.my/~ahri/bab2.doc

notakom.tripod.com/

www.ilplabuan.gov.my/.../080425%20ARTIKEL%20SOFTWARE%20-%20azrul.pdf

0 comments: