BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Popular Posts

Monday, November 8, 2010

ETIKA

Wednesday, November 3, 2010

Risiko, Sekuriti dan Penghakisan privasi akibat TKM

MELINDUNGI DOKUMEN DENGAN MELETAKKAN KATALALUAN(PASSWORD).


Dalam era siber kini keselamatan data atau fail adalah amat penting bagi memastikan fail-fail data tidak terdedah kepada akses secara haram, pengubahan atau penghapusan serta memelihara integriti dan keselamatan data tersebut. Pengawalan sebegini diperlukan agar data yang digunakan dan disimpan di dalam storan tidak diganggu serta bagi memastikan data yang diterima adalah sama dengan data yang dihantar. Ia juga berperanan untuk mengelakkan data yang dihantar selamat daripada intipan.


DIANTARA LAIN UNTUK MELINDUNGI FAIL

Backup data secara berkala dengan menyimpannya pada CD, thumb drive dan sebagainya
A) Install perisian anti virus.
B) Run Windows up date/software update.
C) Install pengimbas spyware/adware.
D) Jangan buka sebarang ‘attachment’ yang tidak dikenali.
E)Aktifkan penapis junk e-mail dan buang fail yang tidak berkaitan.
F) Minta nyatakan nama attachment, format dan aplikasi yang digunakan oleh pengirim email.


CARA UNTUK MEMAMPATKAN (COMPRESS) FAIL/FOLDER

How to Compress a File With WinZip

1)Open WinZip.
2)Click on the New icon. A window will open displaying the folders on your disk.3
3)Move through the folders until you locate the folder where you want to store your compressed file.
4)WinZip creates a file called an "archive." Name your archive.
5)Click Save. You will be returned to the WinZip main window.
6)You must now add a file to the archive that you have just created. Click on Add. A window will open displaying the files and folders on your disk.
7)Move through the folders until you locate the file that you want to compress. Select that file.
8)In the compression menu, select the level of compression that you want. The choices may include Normal, None, Fast, Superfast and Maximum.
9)Add an optional password, if desired.
10)Click Add. You will return to the main WinZip menu.
11)Your compressed file is now added to the archive.
12)Close WinZip.
Tips & Warnings
• If you have configured your WinZip to display the number of bytes before and after compression, you will be able to see your savings in the WinZip window after you have added the file.
• If you transfer your zipped file (archive) to another computer, the file will not open unless there is a decompression utility installed on that computer. (It doesn't need to be WinZip. Check with your recipient to see what kind of compression software he or she uses and what formats the software can decompress.)



Format fail ZIP adalah format memampatkan yang popular. Fail ZIP mengandungi satu atau lebih fail yang telah di comprees untuk mengurangkan saiz data. Tutorial ini akan menerangkan cara untuk memampatkan fail atau folder menggunakan format built-in ZIP yang telah terdapat di dalam Windows.
Memampatkan Files/Folders
1. Klik kanan pada fail/folder yang hendak di dimampatkan.
2. Pilih Send To pada drop down menu.
1. Klik pada Compressed (zipped) Folder.
2. Folder yang telah dimampatkan akan terpapar dan megandungi fail asal yang dimampatkan

Sumber Rujukan: http://www.ehow.com/how_8462_compress-file-with.html

Teknologi maklumat

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.



Komponen Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut:

Teknologi

Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.
Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian.
Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu:
Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice.
Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.
Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:
Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb
Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb
Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit

Organisasi

Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat operasi, taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan sistem yang berbeza seperti rajah dibawah.

Pengguna

Merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan kepada pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir maklumat tersebut.
Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb
Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb.

Sejarah teknologi maklumat

Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan.
Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI)

Teknologi maklumat pada hari ini

Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspek pengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Payung teknologi maklumat adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang.
Ahli-ahi profesional melakukan berbagai-bagai tugas yang berbeza-beza dari pemasangan perisian penggunaan sehingga perekaan bentuk rangkaian komputer dan pangkalan data maklumat. Sebilangan tugas yang dilakukan oleh mereka adalah seperti yang berikut:
Pengurusan data
Pengurusan sistem
Perangkaian komputer
Perekaan bentuk perisian
Perekaan bentuk sistem pangkalan data
Sistem maklumat pengurusan (MIS)


Definisi Teknologi, Maklumat dan Teknologi Maklumat
Teknologi membawa maksud 1. ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia, 2. tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Maklumat membawa maksud informasi iaitu hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data yang dapt menambah pengetahuan kepada penerima maklumat. Secara ringkas, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan.
Teknologi Maklumat merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.


Definisi Teknologi, Maklumat dan Teknologi Maklumat

Teknologi membawa maksud 1. ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia, 2. tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Maklumat membawa maksud informasi iaitu hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data yang dapt menambah pengetahuan kepada penerima maklumat. Secara ringkas, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan.
Teknologi Maklumat merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.


Sumber Rujukan:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_maklumat#Teknologi

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Ensiklopedia (Melayu

ISU-ISU ETIKA BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI
MAKLUMAT


Objektif :
1. Mengetahui masalah moral dan isu etika
komputer
2. Memahami prinsip etika komputer
3. Memahami etika profesional TM
4. Mengetahui fungsi kod etika profesional
5. Keperluan etika komputer

Etika Komputer

Etika komputer umumnya adalah satu bidang
mengenai penggunaan komputer yang betul
(panduan).
Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan
maklumat, harta intelek dan capaian adalah
antara isu/dilema yang membabitkan etika
penggunaan komputer dalam era maklumat.
Penggunaan TM + x bertanggungjawab =
isu etika/natijah

Masalah Moral dan Etika

1. Penggertak (Cracker)
Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam
sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada
dengan tujuan utama membuat keuntungan.
Cracker tidak menulis program untuk
membangunkan perisian tetapi menggunakan
perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan
kemusnahan.

2. Penyalahgunaan Internet

Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh
negara kita telah mengundang banyak implikasi
buruk kepada para pengguna Internet terutamanya
di kalangan remaja.

3. Virus

Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian,
melumpuhkan rangkaian komputer.

4. Hakcipta

Memuat turun sebarang perisian atau dokumen
tanpa kebenaran adalah salah dari segi undangundang
hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya
adalah perlu.
5. Perisian cetak rompak
Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.

Prinsip Etika Komputer

1. Keseimbangan

Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat
mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.

2. Keizinan termaklum

Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat
mesti faham dan menerima risiko yang akan
dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka
lebih bersedia menerima sebarang risiko yang
timbul.

3. Keadilan

Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti
diagih secara adil. Mereka yang menerima
kebaikan patut menanggung sama risiko dan
mereka yang tidak menerima kebaikan tidak
patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang
diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.

4. Meminimumkan risiko

Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan
mengelak risiko yang tidak berkaitan dan
diminimumkan agar manfaat yang diterima
daripada teknologi maklumat adalah lebih
daripada risikonya.

10 Rukun Etika Komputer

Sepuluh perintah tersebut adalah panduan kepada
pengguna dan profesional komputer oleh
Computer Ethics Institute seperti:

1. Tidak menggunakan komputer untuk
membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian
yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer
orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang
lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau
sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang
rasa dan hormat kepada manusia lain.

Etika Profesional Teknologi Maklumat

Profesion lebih mudah difahami sebagai pekerjaan
Profesional pula merujuk kepada orang yang
menganggap profesion individu itu sebagai suatu
pekerjaan tetap dan sumber pendapatan utamanya.
Profesionalisma adalah tahap kecekapan dan
akauntabiliti yang seharusnya didukung oleh
seseorang profesional tersebut.
Masih ramai yang membatasi pengertian profesional
hanya kepada beberapa pekerjaan tertentu seperti
jurutera, doktor, peguam, akauntan, arkitek dan
seumpamanya yang menetapkan kriteria tertentu
seperti ilmu pengetahuan, latihan, pertauliahan,
badan profesional dan berautonomipekerjaannya secara profesional iaitu mencapai
tahap yang ditetapkan oleh kehendak profesionnya
- ia bekerja dengan tekun, cekap, amanah,
bersungguh-sungguh, adil, ikhlas dan beretika
Etika profesional adalah nilai-nilai atau tingkahlaku
murni yang harus dihayati oleh individu mengikut
profesion masing-masing
Etika profesional teknologi maklumat adalah
menjurus kepada nilai-nilai murni yang perlu ada
dalam pengamal teknologi maklumat itu sendiri

Ciri-ciri Profesionalisme

Lieberman dalam Sufean (1993) telah
menggariskan beberapa ciri-ciri profesionalisme,
antaranya ialah:
1. Harus ada perkhidmatan penting dengan
matlamat yang jelas untuk masyarakat dan
negara.
2. Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan
intelek semasa menjalankan tugas.
3. Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu
bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu dalam
jangka masa tertentu.
4. Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan
tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan
profesional itu adalah pakar dalam bidang
tertentu.
5. Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi
dengan tidak mementingkan keuntungan wang
(gaji) semasa menjalankan tugas.
6. Mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus
dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulkan
profesion itu.

Mok (1996) merumuskan secara ringkas

konsep profesionalisme sebagai
suatu pekerjaan yang khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai
kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup
bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi,
mempunyai autonomi bertugas serta
mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya.

Etika Komputer dan Keperluannya

1. Penyelidikan mengenai dilema dan masalah
etika
2. Kod dan norma profesional yang khusus
3. Forum untuk membincangkan masalah etika
4. Pendidikan dan latihan
5. Kesedaran

Keperluan etika komputer ini perlulah dikaji ke
atas institusi yang melibatkan :
1. Pendidikan
2. Perundangan
3. Perniagaan


Sumber Rujukan: www.ftsm.ukm.my/mas/.../mm%20etika%20profesional%20TM.pdf

Sumber rujukan: www.ftsm.ukm.my/mas/.../mm%20etika%20profesional%20TM.pdf